Saturday, 16 June 2012

ponteng



Pada hari ini semua pelajar Pergerakan Kreatif Teater dijemput untuk menyaksikan pula persembahan koreografi yang dicipta oleh kumpulan Ramdam. Koreografi mereka bertemakan ‘ponteng’. Saya sangat mengagumi pergerakan yang dilahirkan oleh 4 orang pelajar ini yang terdiri daripada Ramdam, Natheka, Afifah dan juga Shan. Pergerakan mereka penuh dengan emosi dan pelbagai memek muka. Saya dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh koreografi kumpulan ini. Bagi saya, pergerakan yang paling menarik adalak sewaktu plot pelajar memohon kemaafan daripada guru. Saya dapat lihat jelas rasa kekecewaan guru dan pelajar yang bersungguh meminta kemaafan melalui gerakan dan juga emosi mereka. Persembahan mereka sangat mantap dan turut disaksikan oleh oranag ramai yang berlegar-legar di Bitara Siswa.

No comments:

Post a Comment