Saturday, 16 June 2012

final





Malam ini merupakan persembahan bagi malam pertama dan akan diadakan pada jam 8.30 malam. Kami diarahkan untuk berkumpul awal bagi melengkapkan segala persiapan seperti makeup dan pakaian. Solekan dan segala persiapan dilakukan di Bilik Seni Tari atas bantuan Ricky, Fikri dan 3 lagi rakan mereka yang dijemput khas sebagai juru solek. Pada masa ini juga, terpulang kepada individu untuk melakukan latihan sendiri sebelum pertunjukan bermula.
            Tepat jam 8 malam, pelajar Pergerakan Kreatif Teater dan Lakonan Awalan berkumpul untuk membuat senaman memanaskan badan dan seterusnya kata-kata semangat dari rakan-rakan dan En. Eddy. Persembahan dimulakan lebih-kurang jam 9.00 malam setelah para jemputan duduk di kerusi masing-masing. Persembahan malam ini berjalan dengan lancar dan saya telah memanfaat serta mengaplikasikan  semua latihan kemahiran kinestetik yang diajar di dalam kelas. Masalah gementar sememangnya wujud ketika saya membuat kedua-dua persembahan. Namun persembahan bagi tema ‘funky’ lebih mendebarkan saya berbanding persembahan ‘unknow’. Hal ini demikian kerana, gerakan-gerakan bagi menunjukkan watak ‘funky’ bukanlah mudah dan perlu mengeluarkan ekspresi muka dan emosi yang melambangkan ‘funky’. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang gemar menunjukkan memek muka yang kelakar dan menggelikan hati. Selain itu, kami juga perlu melakukan persembahan bagi set yang pertama disebabkan wujud sedikit masalah dan keadaan ini lebih mendebarkan saya.

No comments:

Post a Comment