Saturday, 16 June 2012

25 April


Hari ini kelas bersama dengan Ricky dan Fikri iaitu mendedahkan kami dengan hasil koreografi ciptaan mereka pula untuk disembahkan pada malam persembahan akhir di Panggung Budaya pada 22-23 April 2012 nanti.  Saya berada di bawah seliaan koreografi Ricky bersama 7 lagi rakan lain. Tema koreografi yang dipilih untuk kami adalah ‘funky’ dan ‘love’.
            Tema Funky akan dipersembahkan oleh Athirah, Munirah, Engku Syafiqah dan juga Fatin Liyana. Manakala tema love akan disembahkan oleh saya, sha, dini dan juga Che Mat. Ricky memberikan tunjuk ajar kepada peserta tema ‘funky’ terlebih dahulu dan kemudian diikuti oleh latihan bagi peserta tema ‘love’. Bagi saya koreografi ini agak menarik, namun saya  kurang faham tentang peranan saya di dalam koreografi ini. Saya turuti sahaja setiap tunjuk ajar daripada Ricky. Masalah wujud untuk mengingati semua gerak yang dicipta oleh Ricky. Sebagai penyelesaian, saya mencatatkan gerakan yang perlu saya lakukan di dalam buku nota

No comments:

Post a Comment