Friday, 4 May 2012

Bkn minggu ni???

17 April 2012-9.00 pm-Level 5 B-elearning with all members (my group)
Nampaknya tarikh persembahan tugasan kumpulan kami ditunda ke minggu hadapan...Alhamdulillah, kami punya banyak masa lagi untuk berlatih. Kami bercadang membuat persembahan pada hari ISNIN bersamaan dengan 23 APRIL 2012 di BITARA SISWA. Latihan diteruskan pada malam ini. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh  ahli yang nampak keras dan kekok akan ditegur dan kami same2 mengajar memberi nasihat dan ajaran antara satu sama lain. Disebabkan semua ahli ada pasangan masing-masing, ini memudahkan kami untuk berincang sesama pasangan untuk membuat gerakan kreatif. Ada ahli yang nampak semakin maju dan ada juga yang masih perlu dibimbing. Tetapi kami berusaha sama2 untuk menghasilkan koreografi yang mantap semasa persembahan nanti.

Kami berbincang untuk membuat pergerakan yang sama bagi semua iaitu Leading-following. Kami mengikut gerak dayah dan farhan.Kami gunakan aras atas, sederhana dan rendah dan gabungkan dengan Leading-Following. Keadaan pada mulanya susah sebab x sme. latihan dilakukan berulang kali pada bahagian ini dan hasilnya baik.Rakaman dibuat untuk menilai kelemahan diri.


Hasil latihan pada malam ini masih lagi berlu diperbaiki. Berlaku kecelaruan dan kerimasan apabila sang rama-rama gemar 'menyibuk' ke arah yang lain menyebabkan ruang menjadi crowded. Sebagai penyelesaian kami minta masing-masing alert pada ruang, supaya buka ruang lain. Latihan tamat pada jam 10.30 malam.bersuarai, esk pagi ada kelas pergerakan teater dengan cik Eddy.

No comments:

Post a Comment