Friday, 4 May 2012

B-Elearning & Kami semakin sebati

18 April 2012-9.00 A.M-Bilik Seni Lakon

Kelas hari ini membincangkan tentang jurnal dan jurnal appresiasi. Kemudian masing-masing membuat latihan koreografi masing-masing. Kami berjaya habiskan latihan dan rakam.kelas tamat dan malam akan ada latihan.

9.30 malam-Level 5 B-Elearning

Sebelum mulakan latihan kami lihat kembali rakaman latihan pagi tadi...nampaknya ada perubahan berbanding permulaan latihan. Ditambah pula dengan costum yang kami pakai. Baru nampak real koreografi yang dirancang tp pada pandangan kami la. Latihan diteruskan. Masalah timbul apabila semua ahli letih melakukan gerak pada part bermain yang mengambil masa selama 5 minit sebelum menanti memasukan watak antagonis yang bermain dengan arnab, bunga dan rama-rama. Oleh itu, saya selaku penedit muzik pendekkan sedikit part  rama-rama, bunga dan arnab bermain dan lebihkan kepada part pelancong berinteraksi dengan semua watak.Latihan tamat pada 10.30 dan merancang untuk membuat latihan pada esk hari pula.







No comments:

Post a Comment