Kelas hari aku rasa paling bersemangat sampai berpeluh-peluh...sebab ada sesi permainan yang menjurus kepada gerakan yang pelbagai dan unik. Caranya kami perlu menyebut nama dan melakukan satu gerak, kemudian kawan yang lainnya akan ikut gerakkan dan menyebut nama. Kesemua kami termasuk instruktur adalah 18 orang. Jadi akan wujud 18 pergerakan yang berbeza-beza. Dalam sedar dan tidak sebenarnya perbagai corak gerak telah kami lakukan melalui permainan ini. Pergerakan yang dikumpulkan bersama rakan-rakan akhirnya menjadi satu koreografi yang cantik.
Seterusnya, gerakan plus emosi. Kamj perlu melakukan kembali gerakan semasa bangun tido pagi tadi. Setiap orang mempunyai oleh gerak yang berbeza, jadi apabila digabungkan bersama antara 2-3 orang rakan, maka koreografi yang menarik juga akan tercipta. Cara ini bagus, tapi aku masih lagi terikat dengan pergerakan yang realiti. Cuba bayangkan anda membuat gaya orang bagun tido yang lain dari yang lain tp msih menmpakkan mesej untuk bagun tido. Pasti ianya sesuatu yang unik dan kreatif....
Perasaan kadangkala sukar dibaca, tapi perasaan boleh diluahkan dalam aksi gerak. Itu juga sesuatu yang menarik untuk terus diterokai dari para pengajar kelas ini.
No comments:
Post a Comment