Thursday, 26 April 2012

malam itu & kami


(4 April 2012)
Setelah apa yang berlaku semasa kelassiang tadi, kami yang terdiri daripada 8 orang ahli telah membuat pertemuan pertama dengan erik dan fikri selaku instuktur yang akan membantu kami. Kami mulakan perbincangan untuk mendapatkan pandangan mereka sama ada perlu berpecah kepada dua kumpulan ataupun sebaliknya. Naman, mereka menasihatkan kami supaya meneruskan usaha bergabung kerana pola gerak akan lebih menarik apabila ramai peserta.
Watak yang ada dalam tema koreogafi adalah; 2 orang sebagai bunga; 2 orang sebagai arnab, 2 orang sebagai rama-rama dan 2 orang lagi sebagai pelancong. Setiap watak ini diberi tunjuk ajar supaya dapat melahirkan watak masing-masing. Latihan dilakukan pada waktu itu juga dan mendapat pujian daripada erik dan fikri bahawa setiap daripada kami ada potensi dan perlu buang rasa malu, serta perlu bersemangat dan rajin berlatih. Setelah mahir dengan watak masing-masing kami memulakan persembahan koreografi untuk part 1.
Persembahan pada waktu ini agar bertabur kerana tiada pola lantai. Masing-masing bergerak sesuka hati. Kami diberi nasihat supaya berlatih lagi dan buat pergerakan untuk part seterusnya. Semangat kembali menyinar….

No comments:

Post a Comment