Thursday, 26 April 2012

duhai malam di b-elerning

(5 April)
Latihan lagi…Kami cuba wat gerakan dengan merujuk nota dan juga praktikal yang dijalankan dalam kelas. Sebagai contoh, gerakan bunga mengingatkan kami pada awal2 kelas beberapa minggu yang lalu, iaitu tema bunga berkembang, cuba mencari matahari, ditiup angin dan sebagainya. Kami praktikkan balik dalam latihan koreografi ini. Masalah yang dihadapi, adalah kepenatan melakukan gerak melebihi 3 minit...saya sebagai arnab pn penat jugak..terlompat2, guling2…saya dan cik mat kerjasama mencari gerak2 baru. Alhamdulillah, sumenya berjalan dengan lancar, kami ikut pesanan erik dan fikri. gambar gerakan nanti saya tunjukkan kemudian. Penat memang penat, kami terpaksa berguling2 di lantai dewan makan b-elerning untuk wat pergerakan yang baik, yang kratif. Makin lama berlatih, gerakan semakin baik. Macam-macam kami lakukan, ada body action, quality of movement, space envirinment dan relationship. Saya cuba gabungkan semuanya dalam satu koreorgafi. Tapi, kadang-kadang kami terlupa masukkan quality of movement sebab banyak kepada body action.

Malam ni juga kami berlatih diikuti muzik. Tapi muzik ni x berapa sesuai. so, kami akan cube tukar supaya sesuai dengan tema. Apa pun, latihan malam ni lebih baik dari semalam.

malam itu & kami


(4 April 2012)
Setelah apa yang berlaku semasa kelassiang tadi, kami yang terdiri daripada 8 orang ahli telah membuat pertemuan pertama dengan erik dan fikri selaku instuktur yang akan membantu kami. Kami mulakan perbincangan untuk mendapatkan pandangan mereka sama ada perlu berpecah kepada dua kumpulan ataupun sebaliknya. Naman, mereka menasihatkan kami supaya meneruskan usaha bergabung kerana pola gerak akan lebih menarik apabila ramai peserta.
Watak yang ada dalam tema koreogafi adalah; 2 orang sebagai bunga; 2 orang sebagai arnab, 2 orang sebagai rama-rama dan 2 orang lagi sebagai pelancong. Setiap watak ini diberi tunjuk ajar supaya dapat melahirkan watak masing-masing. Latihan dilakukan pada waktu itu juga dan mendapat pujian daripada erik dan fikri bahawa setiap daripada kami ada potensi dan perlu buang rasa malu, serta perlu bersemangat dan rajin berlatih. Setelah mahir dengan watak masing-masing kami memulakan persembahan koreografi untuk part 1.
Persembahan pada waktu ini agar bertabur kerana tiada pola lantai. Masing-masing bergerak sesuka hati. Kami diberi nasihat supaya berlatih lagi dan buat pergerakan untuk part seterusnya. Semangat kembali menyinar….

kurang mantap ke?


(4 April 2012)
Sebelum memulakan kelas, sesi memanaskan badan dilakukan.Setiap orang perlu membuat aksi-aksi gerak kreatif seperti biasa. Contohnya; rujuk gambar.
Setelah seminggu diarahkan membuat latihan, kami diarahkan untuk menunjukkan perkembangan latihan yang dijalankan dihadapan en.eddy. Malangnya, kumpulan kami tidak dapat melakukan yang terbaik disebabkan masalah pemilihan tema, latihan yang belum mantap serta kesukaran mengumpulkan semua ahli semasa latihan. Pada permulaannya kami memilih tema kelahiran.Setakat ini, latihan dijalankan sebanyak 2 kali sahaja. Jadi, kumpulan kami belum bersedia untuk menunjukkan potensi sebenar kami. Kami mendapat kritikan daripada en. Eddy dan itu membuatkan kami bersemangat menangkis kembali kritikan itu. So, kami buat perbincangan di luar kelas dan menukar  tema koreografi kepada suasana taman.
Bagi membina kembali semangat setelah mendapat kritikan, kami buat latihan di luar kelas. Agak-agak dah ok skit, kami beranikan diri masuk semula dalam kelas. Tapi, kami hanya syok sendiri. Tak mengapalah, janji kami ada usaha nk buktikan kami bukan teruk sangat.